Monday, June 30, 2008

Derita sebelum Bahagia, Susah sebelum Berjaya

Ntah nape mlm ni saya rasa sayu memikirkan kehidupan. Sebenarnya saya membaca 2 kisah penderitaan pada hari ini. Yang pertama saya perolehi dari viruspadu.blogspot.com..seorang kawan dr Kelantan yang mengesyorkan saya membaca blog ini. Salah satu catatannya menarik perhatian saya...kehilangan anak sulungnya pada bulan May 2006 pada umur 150hari. Kisahnya sudah lama berlalu namun benar2 meruntun hati saya. Terpaksa saya akui, saya menangis teresak2 membaca catatan penulis.Apa kaitannya dengan title di atas (Derita Sblm Bahagia) sedangkan apa yg berlaku pada penulis blog tersebut ialah Bahagia (dpt tahu diri mengandung dan melalui tempoh tersebut) dan kemudian derita (bila kehilangan). Tapi sebenarnya bila difikirkan balik...ada kaitannya. Mungkin beliau derita di dunia...namun sekurangnya beliau sudah mempunyai satu jaminan yg boleh menarik dia ke Syurga pd zaman yg akan datang(akhirat). Mungkin itu la sesuatu yang boleh kita fikirkan untuk menghilangkan rasa sedih kan? Apa2 pun...takziah dr saya kepada Pn Zaimah. Semoga anda tabah mengharungi kehidupan akan datang. Inilah gambar baby yg comel itu... Semoga roh arwah adik Alesha Abriza dicucuri rahmat, amin. Al-Fatihah.

Wajah comel Arwah Adik Alesha Abriza


Wajah terakhir arwah. Semoga damai di sana


Kisah kedua...tanpa sengaja saya terbuka fotopages seorang kawan lama saya(setelah lama saya tidak menjengah FP miliknya)...Kawan yang menyediakan pakaian pengantin semasa saya ingin melalui saat2 indah dan bahagia bersama bakal suam(pd masa itu). Beliau byk menolong dan memberi idea. Bukan cerita saya yang ingin saya kongsikan di sini...Namun kesusahan dan kepayahan beliau sebelum mengecapi kejayaan sekarang. Saya terbaca kisahnya..lebih tepat lg sejarah penubuhan RINS BRIDAL. Kami saling mengenali semasa sama2 menuntut di UTM dalam bidang Sains Komputer. Namun, rezeki tidak berpihak padanya...banyak kali di temuduga namun masih gagal memperoleh pekerjaan. Kemudian atas dasar minat, beliau berdikit2 memulakan perniagaan RINS BRIDAL. Namun bukan terus mengecapi kesenangan. Saat beliau melalui kesusahan..saya salah seorang yang menjadi saksi. Tinggal di rumah kedai (selain jimat, senang promosi pakaian pengantin), telefon saya bertanyakan pinjaman perniagaan dan sebagainya. Pada mulanya beliau hanya menyediakan perkhidmatan sewa pakaian pengantin disebabkan kekurangan modal. Namun setelah bersusah payah...perniagaannya kini berkembang pesat...malah beliau pernah menaja pakaian dan pelamin untuk beberapa drama TV. Bagi pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut..boleh la melayari fotopages beliau... Terdapat banyak pakaian pengantin dengan harga yg berpatutan...juga pakej2 menarik yang disediakan. Selain itu, kisahnya yg tercatat di ruangan Ceritera Rins boleh memberi inspirasi bagi yang ingin memulakan perniagaan...juga motivasi bagi yang pernah gagal. Inilah kisah Susah Sblm Berjaya yang ingin saya kongsikan. Semoga perniagaan beliau akan terus berjaya, amin.


Antara koleksi pelamin milik RINS BRIDAL



Antara koleksi baju milik RINS BRIDAL

Semoga 2 kisah di atas dapat memberi 'sesuatu' untuk kita semua. Salam sayang dr saya

No comments: